Sunday, August 1, 2010

Penulis Blog

Mengimbas kembali petikan bertarikh 29 Julai 2010 bertajuk 'Penulis Blog Wajib Tulis Perkara Sebenar', saya mula terfikir adakah penyataan yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad ini bernas? Bagi saya penyataan ini bernas sekali kerana kita sebagai rakyat Malaysia perlu menulis dan meluahkan perkara yang sebenar bagi membuka mata sesetangah pihak tetapi seperti yang sedia maklum perkara sebegini mampu mengancam diri sendiri. Lihat sahaja kes Raja Petra pasti ramai yang tidak berani untuk meluahkan apa yang terbuku di hati mereka kerana takut menjadi buruan sesetengah pihak.Tetapi, bekas Perdana Menteri ke-4 mencadangkan supaya penulis blog wajib menulis perkara yang sebenar bagi membina reputasi yang baik kepada para pembaca. Jadi kepada semua penulis blog anda sendirilah yang perlu menentukan sama ada ingin menjadi seorang penulis yang jujur atau pun tidak.

No comments:

Post a Comment